Unduh Adobe Flash player


sleeeeeeeeeeeepppppppppppp

arrgghhhhhhhhhhhhh . . . . ni kaly la..susah sgt nk lelapkan mata . .aduyaiii . .apa kes ni..siang keja..sepatutnya da lelapkan mata ni..adusssss . . mau x mau..kena paksa jua ni mata tutup...pizzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz . . . mata tutup la.. zzzzzzzzzZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzZZZZZZ

weii . .pejam celik..2011 da nk melabuhkan tirai..adeee...bengong ni..azam tahun ni blom terlaksana lgi..skrg da nk buat azam bru da pla..huhuhu..apa pun hidup kna teruskan jua la..hihi
owh ya..ckp pasal azam2 ni..emmm..tntu ramai yg da pasang azam tuk 2012 ni..hahaha..azam..azam...azam....ahaaa..sapa2 yg bernama azam tu..fames la nma korang d ujung2 tahun ni..hehe..
smua urg mw berazam..yg pelajar nk berazam 'study hard' . . yg keja nk lebih rajin keja..yg tak keja nk cari keja..ehh..mcm2 azam yg ada..aq xda azam yg padat..azam aq kompleks je..nk bwt yg terbaik je sepanjang tahun..sbnarnya aq malas nk bwt azam2 yg maut gilerr ni..bkn apa takut x dpt d laksanakan..emm..selagi aq ni manusia dan bkn robot..aq x akn pnah terlepas dri 'lupa' dan 'lalai'...harap korang fhm la mksd aq ni..hihi..weii..aq pun bengong uda ni nk taip apa dlm blog aq ni..hahaha..blurrr..tpi aq ada satu ceta la nk kongsi dgn korang berkaitan dgn AZAM ni..cetanya mcm ni...
Once upon a time...hihi..adeeedeeeess . . . tiba2 pla otak blank.. ahhh..nti sambung la..mgkin msa x sesuai ni..sbb hari ni hari Natal..emm..tunggu aq d mlm new year la bru kta ceta balik psl Azam ni..hihi..apa2 pun..pizzzzzzzzzzzzz . .  :)

Cara mengatasi tension

Cara menghilangkan tension ketika menghadapi pelbagai bentuk nasib 'malang' yang pasti menimpa kita? Antaranya ialah:

1. Mengenali diri kita sebagai penerima nasib malang itu dan juga mengenali Tuhan sebagai memberinya. Kita harus kenal bahawa diri kita adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan tidak ada apa-apa.Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campurtangan, tidak ada tanam saham, langsung tidak ada memberi modal sama sekali. Keputusan untuk mencipta diri kita sendiri pun semuanya dibuat oleh Tuhan. Selain daripada seluruh badan kita yang begitu unik dan kompleks itu, Tuhan jugalah yang memberi kita daya usaha, fikiran dan perasaan. Lantaran itu, apabila Tuhan timpakan sesuatu kesusahan ke atas diri kita, inilah peluang untuk kita sedar bahawa diri kita adalah hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa kuasa. Mungkin selama ini kita rasa berkuasa, rasa mampu dan rasa boleh, sehingga kita terlupa untuk bergantung dan berharap kepada Tuhan.

2. Setiap takdir Tuhan ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran. Antaranya ialah:
a. Kalau Tuhan sekali-sekala sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik dari Tuhan. Antara maksud-maksud baik Tuhan ialah Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita, Dia mahu kita ingat-ingatkan kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat, Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati. Dia juga mahu kita lebih bergantung dan berharap kepada-Nya.

b. Kalau Tuhan sekali-sekala miskinkan pula, tentu ada maksud pendidikan juga. Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia mahu kita meneliti balik segala tindak-tanduk kita, apakah kita sudah melakukan apa-apa kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan Tuhan tidak membantu kita.

c. Begitu juga apabila kita sekali-sekala dihinakan. Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat kita di sisi-Nya.

d. Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan. Penyakit-penyakit inilah yang membuatkan kita tension. Bila tension, barulah kita tahu kita siapa. Kalau sebelum ini nampak lemah lembut, bila tension kita boleh jadi marah-marah tak tentu pasal. Kalau selama ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar batasan. Pendek kata, segala sesuatu yang ditimpakan ke atas kita adalah untuk kebaikan diri kita. Dia mahu mendidik setiap kita agar kita kembali kepada-Nya sebagai hamba yang diredhai-Nya. Dengan ini, kita akan terselamat dari kemurkaan-Nya.

3. Hendaklah pandai menerima ketentuan dan takdir Tuhan secara positif supaya hati kita akan tenang dan kita juga akan mendapat hasil yang positif daripadanya. Sebaliknya, kalau kita menerimanya secara negatif, hati kita akan tertekan dan tension dan sudah tentu kita juga akan
mendapat hasil yang negatif. Contohnya - Kita ditakdirkan mendapat anak-anak yang nakal. Setiap hari, ada sahaja kelakuannya yang sangat mengganggu kita. Kalau kita menerimanya secara positif, kita akan berkata kepada diri kita, "Kerana dosa akulah anak-anak aku ni nakal. Allah buat seperti ini untuk membersihkan dosa-dosa aku yang lepas."

Ataupun kita boleh berkata begini, "Tuhan beri aku ujian ini untuk memberi aku pahala sabar. Kalau aku sabar, bukan sahaja aku akan dapat ganjaran di sisi Tuhan tetapi yang lebih penting, aku dapat mendekatkan diri kepada Tuhan." Kalau beginilah penerimaan kita, tentulah kita tidak akan marah-marah atau berleter-leter, 


Lantaran itu, terimalah segala takdir Tuhan dengan sebaiknya. Anggaplah setiap takdir itu sebagai didikan terus dari Tuhan dengan penuh kasih sayang. Dengan sikap sebegini, hati tidak akan tension, kita dapat menambah rasa kehambaan serta dapat pula mengungkai sifat-sifat yang tidak baik dalam diri kita dengan lebih cepat. Malahan kita juga tidak akan mengakibatkan kesan tidak baik kepada orang di sekeliling kita.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates