Unduh Adobe Flash player


1st entry untuk hari ini hahaha…so semalam aku ada baca kat blog Mr.K tentang seorang wanita yang bertanya 4 soalan kepada beliau tentang cinta, kalau korang nak baca korang leh baca kat sini why lelaki suka suruh girlfriend dia
so antara soalan yang telah diajukan oleh wanita tersebut ialah :-

  • Kenapa ada sesetengah lelaki, yang taknak bagi tau girlfriend dia the truth yang dia dah bosan, fed up, muak dengan girlfriend dia and he wants to move on with someone else?
  • What can i do to banish him completely from my mind?
  • How is it possible that someone yang Solat penuh lima waktu, do such things as check in into hotel, ringan-ringan, geli-geli dan bermacam2 lagi?
  • Why lelaki, suka suruh girlfriend dia tutup aurat, pakai sopan-sopan, tapi dia pergi menggatal dengan awek yang free hair, seksi?
soalan 1 : Kenapa ada sesetengah lelaki, yang taknak bagi tau girlfriend dia the truth yang dia dah bosan, fed up, muak dengan girlfriend dia and he wants to move on with someone else?
sebab sesetengah lelaki itu menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu hal yang sebenar, takkanlah tengah happy-happy dating pastu bagitau pasal benda nie memang tak kena tempat lah kan haha..
btw, bukan sesetengah lelaki sahaja yang bersikap macam nie namun ada juga sesetengah perempuan juga yang buat macam sesetengah lelaki ini buat.
jika ditanya lelaki dan perempuan dua-dua pernah melalukan hal sedemikian rupa cuma hanya pada situasi yang perempuan nie lalui sebab tu dia highlightkan kepada lelaki
dan pada pendapat aku lebih baik bagitau yang dia “ingin move on dengan orang lain” lebih better dari bagitau yang “awak terlalu baik untuk saya” and at the end rupa-rupanya dia suka kat orang lain WTF! haha
Soalan 2 : What can i do to banish him completely from my mind?
soalan ini 100% confirm akan terdetik dalam hati dan naluri seorang lelaki dan perempuan yang fresh break, maksudnya baru seminggu dua break
kita tak boleh lupakan sesiapa yang pernah ada didalam hidup kita apatah lagi orang yang kita sayang namun kita leh lupakan yang kita pernah bercinta dengan dia.
memang sukar untuk melupakan namun bila kita sudah ada pasangan yang baru insyaallah kita akan melupakan cinta lama kerana kita sudah ada cinta baru
untuk melupakan bukan sehari dua dah leh lupa setiap orang ada jangka masa yang diperlukan untuk melupakan someone yang pernah hadir dalam hati kita sebagai pacar kita
Soalan 3 : How is it possible that someone yang Solat penuh lima waktu, do such things as check in into hotel, ringan-ringan, geli-geli dan bermacam2 lagi?
How posibble ek? susah nak jawab nie haha..btw itu mengikut iman masing-masing lah, sebab setiap manusia ada nafsu dan lelaki ada 1 Nafsu 9 Akal dan perempuan ada 9 Nafsu 1 Akal
kita tidak boleh mengatakan yang solat 5 waktu tuh semua baik dan kita tak leh cakap yang tak solat 5 waktu tuh semua jahat, ia depend lah ikut orang tuh, kalau dia kuat lawan nafsu dia dan yang sewaktu dengannya takdelah dia buat macam benda kat atas nie
kadang-kadang Syaitan yang merasuk kita untuk berbuat kejahatan kalau kita tak tahan maka termakanlah kita dengan pujuk rayu syaitan tadi, aku pun xdelah baik sangat pon :P
Soalan 4 : Why lelaki, suka suruh girlfriend dia tutup aurat, pakai sopan-sopan, tapi dia pergi menggatal dengan awek yang free hair, seksi?
yang nie perempuan tuh kena pastikan betul-betul dulu sama ada lelaki tersebut yang menggatal dengan awek seksi tuh atau awek seksi tuh yang menggatal dengan lelaki tersebut
kadang-kadang kita terlalu awal untuk membuat anggapan tanpa menyiasat atau mengambil tahu hal yang sebenarnya, kadang-kadang situasi itu tidak mengambar apa yang kita nampak, mungkin situasi lain dari apa yang kita fikirkan
macam mana kalau girlfriend yang tutup aurat tuh pakai sopan-sopan ikut cakap boyfriend tuh tak pandai nak jaga hati boyfriend dia, macam mana kalau yang awek seksi ni pandai jaga hati?
btw girls betulkan niat kalau nak tutup aurat, sila tutup aurat kerana ia tertulis dalam kalam Allah bukan sebab boyfriends suruh.
so, kepada semua pembaca adalah menjadi lumrah dunia semua perkara-perkara yang terjadi ada hikmah disebalik semua itu, bila lelaki gatal minta putus, perempuan akan menyalahkan lelaki dan bila perempuan gatal minta putus lelaki akan salahkan perempuan
macam lagu Allahyarham P.Ramlee “sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi hubungan suami dan isteri” dalam perkahwinan pun ada pergaduhan tapi nasihat aku jika korang sudah tidak serasi dalam tempoh bertunang ke couple ke baik hentikan.
belum kahwin dah marah sana sini, atur hidup pasangan segala bagai apatah lagi kalau dah kahwin mungkin kena baling periuk pastu mulalah bercerai berai.
kalau boleh cari isteri atau suami yang boleh dijadikan pasangan suami isteri sampai bila-bila bukan untuk sekerat jalan sahaja kerana itu akan merugikan kita,
itu sahaja untuk kali ini, zass..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates