Malam,
Bila kau datang
Aku mula takut
Takut tiada lagi siang untuk aku esok
Malam,
Kau sebenarnya lebih gah dari siang
Kau lebih indah dari siang...
Kerana kau mempelawa
Sang Bintang untuk pestakan kerlipan di ruangan mu
Kerana mempelawa
Sang Bulan menyinarkan gelap mu
Malam,
Sebelum aku terlena panjang
titipkanlah aku mimpi-mimpi indah
biar bangun ku esok dengan senyuman yang indah
Dan andai esok aku tak bangun lagi
kejutkanlah aku di malam mu yang abadi..
Malam...
Malam
Tweet


